Silat Warrior adalah nama julukan kepada hasil-hasil karya penerbit karya kreatif di Youtube Channel dan Blogger. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana pada tahun 2009 dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif & Artistik. Terlibat dalam penghasilan makalah berjudul “FILM OF DREAMS; Kajian Terhadap Narratif Perwatakan dan Sinematografi dalam Filem Wild Stawberries Arahan Ingmar Berkman” yang diselia oleh ALLAHYARHAM PROF. MADYA DR. ANUAR NOR ARAI.
Bekas pelajar YBHG.DATO’ PROFESOR A. RAZAK HJ. MOHAIDEEN yang merupakan merupakan seorang pengarah filem, jururunding skrip, dan penulis skrip Malaysia. Pernah menghasilkan skrip bagi filem pendek berjudul “Atan” mengisahkan seorang remaja terlalu taksub dengan tarian tradisional Kuda Kepang juga pernah terlibat dalam penghasilan filem pendek “Shadows On The Wall” yang dikelola oleh ALLAHYARHAM PROF. MADYA DR. ANUAR NOR ARAI sebagai syarat melepasi program pembelajaran filem di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Pernah bekerjasama di Radio Televisyen Malaysia(RTM), bahagian Penerbit Drama Radio siaran Klasik Nasional pada tahun 2009. Pernah bekerja secara part-time menggantikan Pengurus Produksi bagi rancangan masak-memasak RTM1 berjudul ‘Enak Tradisi’ edisi Sabah & Sarawak bersama chef Anis Nabilah pada tahun 2009.
Berkahwin pada 2010 dan dianugerahi seorang cahaya mata. Bergiat aktif pada tahun 2013 berkecimpung sepenuh masa dalam Seni Rekabentuk Grafik serta merupakan salah seorang pengurus kepada sebuah industri kecil percetakan di Malaysia. Bermula pada tahun 2016, telah memegang jawatan sebagai Setiausaha Pertubuhan Perguruan Seni Silat Saga Barong Naga Malaya, Negeri Johor dan diberi kepercayaan menjadi tenaga pengajar dan juga pengurus pasukan bagi kategori Seni Persembahan. Pada tahun 2017 telah mendapat watikah perlantikan sebagai Wasitjuri PESAKA Malaysia Peringkat Kebangsaan. Sehingga kini, masih bergiat aktif dalam bidang kesenian, khususnya dalam Seni Rekabentuk Grafik, Seni Persembahan, Penulisan Kreatif dan Rekaan Web.
Up diri sendiri ler...hahahaha!!! Jangan mara eaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan