Ada beberapa tanda atau cara yang makhluk ghaib nak berkomunikasi dengan korang gaisss..... Jom Semak!!
- Melalui mimpi yang berulang-ulang dan paling mantap dan pasti sekali, mimpi korang tu berulang selama tiga hari bertutut-turut dengan mimpi yang sama. Contoh korang mimpi dikejar oleh 3orang lelaki tengah pegang pisau nak bunuh korang dan korang berlari-lari sampai penat. Sampai ke siang korang teringat lagi mimpi tu. Dan mimpi tu korang mimpikan semula pada esok22 malamnya.
- Melalui tulisan yang korang tulis, sedangkan korang sebenarnya tak suka menulis. Tapi tiba-tiba korang rasa nak menulis. Tak kiralah tulisan mengisahkan apa sekalipun. Contohnya korang dengar ceramah agama kan, korang yang malas nak tulis ni menulis pulak potongan ayat amalan yang penceramah tu sampaikan.
- Terdengar nama korang dipanggil sedangkan korang duduk sorang-sorang tanpa orang lain. Ataupun korang bersama orang lain tapi bila korang tanya orang-orang lain tu, tak ada seorang pun yang panggil korang.
- Terdengar bunyi muzik sedangkan korang tak ada buka radio atau lagu. Orang-orang keliling juga tak ada yang buka lagu. Kadang-kadang korang tak peka pun bunyi muzik tu, tapi korang asyik terngiang-ngiang dengan lagu tu sampai korang pun ikut nyanyi. Hah! jadi awas lah kalau pegi karaoke tu korang terbawak-bawak sampai ke rumah ya! Hahahaha!!!
- Melalui pola nombor. Contohnya semalam korang tengok jam dinding, jam pukul 11.30malam. Esok malam pun korang tengok jam dinding pukul 11.30malam juga. Jadi ada sesuatu yang korang kena alert dan ambil tahu kat situ. Kenapa mesti pukul 11.30malam. Semalam apa yang berlaku, harini apa yang berlaku. Aku bg contoh lagi, semalam pada pukul 11.30malam mungkin korang rasa macam gelisah semacam, dan korang tengok jam malam ni pukul 11.30malam, korang rasa kegelisahan yang sama macam semalam. So...hati2...Hahahaha!!!
- Ternampak Cahaya. Tengah duduk enak2 buat kerja, korang tiba2 ternampak cahaya berwarna macam lampu atau kilat lalu atau statik. Tak kiralah cahaya tu warna apa.
- Nampak kunang-kunang sedangkan kunang-kunang tu berada pada tempat yang tak sepatutya. Contohnya korang dekat satu bangunan dekat tengah-tengah bandar, tiba2 korang nampak ada kunang-kunang terbang.
- Tercium bau sesuatu sama ada berbau wangi atau berbau busuk sedangkan korang tak ada pakai minyak wangi tadi..Yang ni special sikit, kalau bau busuk tu datang selepas korang buang sampah dan baunya sebijik macam bau sampah korang tadi, sedangkan korang dah cuci bersih...maknanya ada makhluk lain yang sememangnya dekat dengan korang dan makanan dia memang sampah sarap korang tu...Hahaha!! Gitulah juga kalau korang bau wangi..Kalau wangian tu bukan wangian korang, sah2lah makhluk tu daripada sesuatu tempat.
- Merasa badan terlalu panas atau terlalu sejuk. Korang tak demam, tapi tiba2 je panas sangat sampai korang berpeluh-peluh. Atau sejuk macam ais, sedangkan tak hujan pun..Hurmmm...macamtulah ceritanya.





