Ingmar Bergman dilahirkan pada 14 Julai 1918 di Upsala Sweeden dan telah mengakhiri zaman hidupnya pada 30 Julai 2007 semasa umur beliau 89tahun. Beliau adalah seorang pengarah, penulis skrip dan penerbit filem. Sepanjang hayatnya, beliau telah menghasilkan sebanyak 62buah filem dan 170buah filem adalah penyertaan biasa dirinya. Seluruh karya beliau banyak mengisarkan tentang kebosanan hidup, kesakitan, pengkhianatan dan kegilaan.
Bapa kepada Ingmar Bergman adalah merupakan seorang father sebuah gereja. Ingmar Bergman juga dikatakan sebagai seorang yang kuat kepada pegangan agama Kristiannya. Beliau menggunakan filem sebagai medium yang membuatkan audien berasa cemas dan takut dengan kehidupan yang mematikan.
Ingmar Bergman telah memenangi banyak anugerah dan merupakan seorang individu yang telah melibatkan diri dalam bidang seni seawal usianya 9 tahun. Selain itu, Ingmar Bergman juga banyak menulis mengenai hal-hal keagamaan. Antara filem beliau yang terkenal adalah "The Seventh Seals" dan Wild Strawberries.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan